fbpx
ISAK (dua dari kanan) cemerlang untuk menghasilkan gol pertama Liverpool pada aksi menentang Crystal Palace di Anfield. - AFP

EPL: Liverpool benam cabaran Crystal Palace

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

LIVERPOOL – Liverpool makin hampir untuk mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara musim depan selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace di Anfield, sebentar tadi.

Disebalik persoalan tentang tahap kecederaan Mohamed Salah, impak yang dihadirkan oleh Alexander Isak sedikit meredakan resah kepada penyokong setia The Reds selepas bintang Sweden itu meledak satu gol.

Dengan berbaki empat perlawanan saja lagi, Liverpool kini hanya perlu meraih sekurang-kurangnya lima lagi mata untuk menoktahkan ke saingan utama pertandingan Eropah.

Terdahulu, minit ke-35 Isak berjaya bertindak pantas untuk menyambar bola muntah hasil percubaan Alexis Mac Allister.

Selang lima minit selepas itu, berpunca daripada satu serangan balas pantas, tuan rumah makin selesa dan kali ini giliran bintang pertahanan, Andy Robertson merobek gawang Crystal Palace.

Crystal Palace kembali ‘bernyawa’ apabila Daniel Munoz menghasilkan gol pertama pelawat pada minit ke-71 namun sisa perjuangannya seakan berakhir apabila Florian Wirtz meledak gol ketiga The Reds pada masa kecederaan babak kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN