fbpx
Gambar hiasan

Perak terima 29,310 permohonan pendaftaran Tahun Satu bagi 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Sebanyak 29,310 permohonan bagi kemasukan Tahun Satu bagi Sesi Akademik 2027 telah diterima di Perak sehingga 31 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 25,027 murid bagi umur tujuh tahun manakala 4,283 melibatkan kemasukan pada umur enam tahun.

Katanya, jumlah itu masih berada dalam kapasiti semasa berbanding ketersediaan penempatan Tahun Satu di negeri Perak yang berjumlah 49,499 tempat.

“Terdapat kekurangan kira-kira 19,000 tempat lagi untuk kemasukan murid Tahun Satu namun jumlah permohonan itu dijangka meningkat ketika proses pendaftaran dibuka kembali bermula 1 Mei hingga 15 November depan.

“Saya berharap perkara ini tidak menimbulkan kebimbangan kerana berdasarkan data semasa, kita masih mampu menampung kemasukan murid termasuk bagi kohort umur enam dan tujuh tahun,” katanya ketika menjawab soalan lisan Rosli Abd. Rahman (PN-Pasir Panjang) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Khairudin berkata, sesi libat urus telah dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bersama semua sekolah bagi menilai tahap kesiapsiagaan serta mengenal pasti keperluan sebenar di lapangan.

Menurut beliau , pendekatan itu membolehkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak memperoleh gambaran dan menilai tahap kesediaan menyeluruh berhubung kapasiti sedia ada serta cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN