fbpx

‘Pinda semula Seksyen 4 POCA’ – Musa Hassan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalil (tengah) bersama Musa Hassan ketika majlis penyerahan cenderahati di Maktab PDRM, KL hari ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa untuk membuat pindaan berkaitan Seksyen 4 Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) susulan penguatkuasaan akta itu dihentikan pada April lalu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, penilaian semula berhubung akta itu perlu dilaksanakan bagi memberi kuasa kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenakan tindakan terhadap pesalah jenayah terancang membabitkan Seksyen 4 yang menyentuh perihal kebenaran dan tempoh reman bagi individu yang ditahan di bawah akta tersebut.

“Ini adalah satu perkara yang perlu kita teliti agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat menilai semula akta tersebut supaya polis diberikan kuasa untuk mengambil tindakan.

“Kita nak menjaga keselamatan dan keamanan dalam negara. Bukan kita hendak guna undang-undang tadi untuk menganiaya seseorang. Jadi, saya rayu kerajaan nilai semula undang-undang tersebut,” ujarnya di Maktab Polis Diraja Malaysia, di sini hari ini

Selain itu, Musa turut menasihati polis supaya tidak menyalahgunakan kuasa jika akta itu dikuatkuasakan semula agar kepercayaan masyarakat terhadap PDRM kembali kukuh.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan turut menyambut baik cadangan bekas Ketua Polis Negara berkenaan.

“Kita akan ketengahkan kepada KDN serta AGC agar undang-undang pencegahan ini dapat dikembalikan semula sekali gus memberikan kuasa kepada PDRM.

“Dalam pada itu, kita juga akan memastikan tiada penyalahgunaan kuasa berlaku manakala hak-hak asasi tahanan akan diutamakan menerusi undang-undang berkenaan,” ujarnya.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan pada April membenarkan permohonan habes corpus terhadap seorang suspek disyaki terlibat dengan aktiviti jenayah terancang yang ditahan di bawah Seksyen 4 POCA 1959.

Difahamkan, Sekyen 4 menggariskan berkenaan tatacara pemberian tempoh tahanan reman oleh pihak Majistret kepada polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI