fbpx
Rosmah.

Rasuah solar: Pendengaran tarikh baharu rayuan Rosmah September depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini menetapkan 16 hari bermula September bagi pendengaran tarikh baharu rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes rasuah solar.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azhahari Kamal Ramli menetapkan 16 hari bagi tarikh pendengaran baharu selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan Rosmah, 75, untuk menangguhkan pendengaran rayuan itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga hari.

Tarikh-tarikh baharu pada bulan September itu ialah 1 hingga 4, 8 hingga 11 dan 21 hingga 30.

Azhahari, ketika membenarkan permohonan itu, berkata walaupun mahkamah bersedia untuk memberikan penangguhan, tiada penangguhan lagi akan diterima.

Sambil menyifatkan perkara itu sebagai kes lama iaitu sejak 2022, beliau berkata mahkamah tidak akan berkompromi dengan tarikh perbicaraan yang baharu ditetapkan.

“Kami telah menetapkan rayuan untuk pendengaran. Kami tidak akan membenarkan sebarang penangguhan lagi,” katanya.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Dr. Choo Kah Sing dan K.Muniandy.

Terdahulu, peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah ketika berhujah bagi penangguhan pendengaran berkata, dua alasan utama penangguhan ialah semakan untuk menggugurkan Hakim yang mendengar kes solar dan ketiadaan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader.

Menurut peguam itu, mengenai semakan menggugurkan Hakim solar, peguam itu berkata permohonan semakannya untuk menyingkirkan Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang mensabitkannya sebelum ini, perlu diputuskan Mahkamah Persekutuan.

Sementara bagi isu ketiadaan peguam Akberdin, Jagjit berkata rakannya itu masih bercuti kerana dalam fasa kesedihan selepas kehilangan anak lelakinya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua bulan lalu.

“Akberdin telah menyediakan sebahagian besar penghujahan bertulis dan kehadirannya adalah penting untuk pendengaran rayuan. Beliau masih dalam kesedihan yang mendalam. Kami berharap pihak pendakwaan dapat memahami,” kata dalam nada sebak.

Mendengar perkara itu, Timbalan Pendakwa Raya K.Mangai memaklumkan pihak pendakwaan membantah permohonan penangguhan pendengaran hari ini.

“Kami mendapat arahan untuk membantah permohonan penangguhan namun terpulang pada budi bicara mahkamah (sama ada meneruskan prosiding atau tidak),” katanya.

Pada 1 September 2022, Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta selepas mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Beliau yang kini hakim Mahkamah Rayuan turut memerintahkan agar Rosmah menjalani hukuman penjara tambahan 10 tahun jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN