fbpx
Gambar hiasan.

Enam ahli geng pecah rumah termasuk warga asing diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pecah rumah selepas menahan enam individu termasuk tiga warga asing dalam tiga serbuan berasingan di sekitar ibu negara pada 6 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, tangkapan melibatkan dua lelaki warga Myanmar, seorang wanita warga Indonesia serta dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30-an.

Menurut beliau, polis turut merampas pelbagai barangan yang dipercayai hasil kegiatan jenayah termasuk enam utas jam tangan mewah, tujuh beg tangan berjenama, tujuh telefon bimbit, sebuah komputer riba permainan serta sebilah parang berukuran 25 inci bersama sarung tangan.

“Hasil semakan mendapati seorang daripada suspek tempatan mempunyai lapan rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.

“Siasatan awal turut mendapati suspek utama warga Myanmar dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya enam lagi kes pecah rumah di sekitar daerah Cheras,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejayaan itu susulan siasatan terhadap satu laporan kes pecah rumah di Taman Bukit Cheras pada 25 April lalu yang menyebabkan mangsa mengalami kerugian melebihi RM13,000 membabitkan kehilangan barangan kemas, gajet dan wang tunai pelbagai mata wang asing.

Katanya, kesemua suspek telah direman sehingga 9 Jun lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN