fbpx

Mahkamah: Kes SM Faisal cederakan Emilia Hanafi 8 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SM Faisal (tengah) ketika hadir di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes ahli perniagaan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi yang sepatutnya bersambung hari ini di ditangguhkan ke 8 September.

Majistret Nadia Othman menetapkan 8 September ini untuk sambung perbicaraan selepas Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin memaklumkan bahawa pihak-pihak telah bersetuju supaya tarikh-tarikh baharu ditetapkan.

“Tarikh-tarih yang dipersetujui oleh pihak pendakwaan dan pembelaan ialah pada 8, 12 dan 14 September, 14 dan 26 Oktober serta 17 dan 18 November ini,” kata Nur Aishah.

Dalam pada itu, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili SM Faisal mengesahkan perkara berkenaan.

Sementara itu, Nur Aishah ketika ditemui di luar mahkamah berkata sepatutnya perbicaraan diteruskan dengan saksi pendakwaan iaitu anak lelaki kepada SM Faisal dan Emilia, yang berusia 15 tahun dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.

“Bagaimanapun, perbicaraan hari ini dilapangkan berikutan majistret yang mendengar kes ini berdepan dengan hal kecemasan,” kata Nur Aishah.

Mengikut pertuduhan, SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emila, 43, yang merupakan isterinya (ketika kejadian) di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara pukul 12.30 tengah hari hingga pukul 4.30 petang pada 22 November 2015.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI