fbpx

Jenayah dalam talian catat kerugian RM362 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10,468 kertas siasatan kes jenayah dalam talian telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh Januari hingga Jun 2022 yang melibatkan kerugian RM362,614,896.87.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said, sebanyak 5,169 pertuduhan telah dilaksanakan bagi jenayah “scammer” untuk tempoh yang sama dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur mencatat kes tertinggi sebanyak 1,338 kes.

“Bagi jenayah judi dalam talian, dari Januari hingga Jun lalu PDRM telah membuat 3,950 serbuan dengan tangkapan 4,754 orang.

“Hasil serbuan tersebut PDRM telah membuat rampasan wang tunai RM762,855 dengan jumlah barangan rampasan sebanyak 7,544 barang kes,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Azizah Mohd. Dun (PN-Beaufort) mengenai statistik kes pinjaman wang tidak berlesen seperti ah long, penipuan dan judi dalam talian di Malaysia.

Terdahulu, Ismail berkata, sebanyak 506 kes pinjaman wang tidak berlesen yang melibatkan kerugian RM4,280,279 dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga Jun lalu.

Menurut beliau, berdasarkan statistik, Johor mencatat kes tertinggi berbanding negeri lain iaitu sebanyak 86 kes.

“Pelbagai usaha dijalankan oleh PDRM dalam mengekang pemberi pinjaman tidak berlesan termasuk meningkatkan penguatkuasaan, pengoperasian, tangkapan dan seterusnya pendakwaan.

“Sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2022 sebanyak 744 tangkapan telah dibuat dan 241 pertuduhan telah dilaksanakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI