fbpx
Pupae bercita-cita untuk menjadi doktor haiwan apabila dewasa. – The Nation Thailand

Budak perempuan naik gajah ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dari wilayah Buriram, Thailand tular di laman TikTok selepas menunggang gajah untuk ke sekolah bagi membantu keluarganya menjimatkan wang perbelanjaan petrol, lapor laman berita Thaiger kelmarin. 

Bapa kanak-kanak berkenaan, Wisanchon Yongram, 38, memberitahu bahawa dia bekerja sebagai penjaga gajah.

Keluarganya memiliki empat ekor gajah iaitu dua gajah betina dan dua gajah jantan. Salah seekor gajah jantan bernama Ole, yang berusia 25 tahun adalah haiwan yang dirakam ditunggang anak perempuannya, Phatcharapha atau Pupae.

Menurut Wisanchol, Pupae sangat rapat dengan Ole kerana kanak-kanak itu telah ‘bersahabat’ rapat dengan haiwan tersebut sejak kecil. 

Pupae membantu keluarganya menjaga Ole dengan memberinya makan dan memandikannya. Dia mula menunggang Ole ketika berusia enam tahun.

Beberapa video yang tular di TikTok menunjukkan Pupae menunggang Ole dan memakai pakaian seragam sekolah ketika melalui kawasan kejiranan di komuniti mereka.

Dia menunggang Ole ke sekolahnya yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah pada setiap hari.

Pada awalnya, rakan sekelasnya dikatakan terkejut melihat haiwan besar itu. Namun kini, mereka sudah terbiasa dengannya dan seronok melihat Ole apabila dia menunggang haiwan itu ke sekolah.  -Agensi

POPULAR