fbpx
LIZA HANIM

Liza Hanim tak pilih bulu, okey kerja dengan bakat baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEHEBATAN vokal milik penyanyi wanita bernama Liza Hanim ini ketika menyanyi memang tidak boleh disangkal.

Turun dan naik nada penyanyi manis berlesung pipit itu cukup indah dengan alunan suara yang gemersik.

Liza boleh dikatakan amat pakar mengalunkan dendangan dengan teknik dinamik sekali gus menjadi ‘senjata’ utama untuk memikat halwa telinga peminatnya.

Tidak hairan jika Liza atau nama lengkapnya Haliza Hanim Abd. Halim layak diangkat sebagai salah seorang penyanyi terbaik wanita tanah air.

Biarpun pernah bekerjasama dengan ramai komposer hebat seperti Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan, Azmeer, Ajai dan Lukhman S, pelantun yang mula mencipta nama menerusi lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu tidak menjadikan statusnya sebagai penyanyi senior untuk dia bersikap ‘pilih bulu’ dengan hanya mahukan karya-karya daripada komposer popular.

Buktinya, Liza tidak segan silu, malah berbesar hati menerima karya daripada komposer muda yang baru setahun jagung menapak dalam industri menerusi single terbaharunya, Bahagiakan Dia ciptaan penyanyi dan penulis lagu, Aliff Iskandar, sementara nukilan liriknya oleh Aliff dan Que Afiq.

KELANTANGAN dan kelunakan vokal milik Liza Hanim masih terdengar segar walaupun selepas sekian lama tidak merakamkan lagu baharu buat peminatnya.

‘Hijau’ tapi berkualiti

Liza ketika ditemui HibGlam baru-baru ini mengakui berlapang dada menyanyikan karya yang dihasilkan komposer ‘hijau’, asalkan lagu yang dicipta mereka menarik dan berkualiti.

“Saya bukan seorang penyanyi yang memandang status seseorang komposer. Saya tidak kisah langsung kalau dia (Aliff) masih baharu dalam industri.

“Saya juga bukan penyanyi ‘asal boleh’ untuk menerima sesebuah karya sembarangan tanpa kualiti lagu yang bagus. Tetapi berbeza dengan Aliff, walaupun masih baharu, namun lagu yang dihasilkan sedap dan menarik perhatian saya,” katanya.

Sewaktu kali pertama mendengar demo lagu Bahagiakan Dia, ibu kepada lima orang cahaya mata itu tidak tahu, malah enggan ambil tahu siapa pencipta di sebalik karya tersebut.

PADA usia 42 tahun, Liza menyifatkan perjalanan kerjaya seninya cukup indah walaupun berdepan dengan fasa naik turun dalam industri.

Ujar Liza, bait-bait lirik dan melodi lagu Bahagiakan Dia yang indah menjadi daya tarikan untuknya merakamkan karya berkenaan.

“Lagu ini ditulis oleh seorang artis yang sangat muda. Sejujurnya ketika kali pertama dengar demo lagu ini, saya tidak tahu dan enggan mahu tahu siapa yang menghasilkannya.

“Selepas mendengarkannya, saya jadi tertarik dengan melodi dan liriknya yang cukup indah. Baru saya tanya siapakah penulisnya,” kata Liza.

Peluang

Tambah penyanyi itu lagi, selepas sekian lama tidak muncul dengan buah tangan baharu, kali ini dia berpuas hati dan gembira dengan lahirnya single Bahagiakan Dia yang dicipta komposer muda berbakat besar.

Liza berpendapat, tidak salah untuk seseorang penyanyi senior memberi ruang dan peluang kepada komposer baharu mempamerkan karya mereka, asalkan lagu tersebut berkualiti dan boleh diterima pendengar.

SINGLE duet Bahagiakan Dia dendangan bersama Shila Amzah disifatkan kedua-dua penyanyi ini sebagai sebuah karya berkualiti walaupun dihasilkan oleh seorang komposer muda, Aliff Iskandar.

“Sebagai penyanyi senior, saya merasakan bahawa komposer muda seperti Aliff patut diberi peluang untuk diketengahkan bakatnya. Kita sebenarnya belum lagi ketandusan pencipta-pencipta muda yang hebat.

“Cuma karya mereka tidak diketengahkan kerana ada yang memandang sebelah mata kehadiran insan tanpa nama besar ini.

“Sejujurnya saya sendiri tidak kenal pun siapa itu Aliff Iskandar. Tetapi saya tidak kisah sebab lagu yang dia hasilkan sedap. Jika seseorang penulis lagu itu bagus, dia akan jadi bagus tanpa mengira pengalamannya,” katanya.

Gabungan vokal

Menariknya, Liza tidak sendirian, sebaliknya lagu yang menjadi runut bunyi (OST) drama Cinta Hilang Kata tersebut disampaikan secara duet bersama penyanyi, Shila Amzah.

Gabungan dua penyanyi wanita yang memiliki kekuatan vokal masing-masing itu menambahkan lagi ‘warna’ pada lagu tersebut.

Jelas Liza, pemilihan Shila sebagai rakan duet sememangnya pilihan tepat kerana penyanyi itu sangat ‘memberi’ ketika sama-sama menyampaikan lagu Bahagiakan Dia.

LIZA enggan dilabel sebagai penyanyi ‘cerewet’ yang hanya mahukan karya-karya daripada komposer ternama dan popular untuk penghasilan sesebuah single baharu.

“Kenapa pilih Shila? Sebab dia seorang penyanyi yang hebat dan senang untuk bekerjasama,” kata Liza ringkas.

Meskipun proses rakaman lagu mengambil masa sehingga tujuh jam, tetapi kata Liza, dia sangat berpuas hati kerana bergandingan dengan seorang penyanyi yang hebat seperti Shila.

“Kami banyak berbincang dan ambil masa lama iaitu tujuh jam untuk proses rakaman. Bekerjasama dengan Shila juga membuatkan kerja jadi mudah dan lancar. Jadi hasilnya seperti yang kalian dengarkan,” katanya.

Sebagai seorang penyanyi berpengalaman, penghayatan mendalam terhadap sesebuah lagu menjadi kunci utama sesuatu dendangan menusuk ke dalam hati pendengar.

“Sebagai penyanyi, saya sebenarnya ‘bercerita’ kepada pendengar, maka pemahaman terhadap sesebuah lirik lagu itu penting untuk ‘beli’ jiwa mereka,” kata

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN