fbpx

Keluasan Hutan Perlindungan di Negeri Sembilan dijangka 60 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bakri (tengah) menyampaikan sijil pelantikan kepada juru pandu Gua Batu Maloi sambil disaksikan Saleh (kanan) di Taman Eko Rimba Batu Maloi di sini hari ini.

KUALA PILAH – Hutan simpanan di Negeri Sembilan masih dapat dikekal pada keluasan 155,102 hektar bersamaan 23 peratus daripada keluasan negeri itu.

Menurut Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ir. Bakri Sawir, daripada keluasan itu, 60 peratus berfungsi sebagai hutan pengeluaran, manakala 40 peratus daripadanya dijadikan sebagai hutan perlindungan.

“Namun tidak lama lagi fungsi hutan itu akan diperkemaskan oleh Jabatan Perhutanan untuk meningkatkan jumlah keluasan hutan perlindungan kepada 60 peratus dan baki sebagai hutan pengeluaran.

“Dengan keluasan baharu hutan perlindungan itu akan dapat memudahkan hasrat kerajaan negeri untuk memajukan sektor pelancongan alam semula jadi secara lebih agresif,” katanya ketika Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Juru Pandu Gua Batu Maloi Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan di Taman Eko Rimba Batu Maloi di sini hari ini.

Tambahnya, terdapat 11 kawasan eko-pelancongan di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan serta enam kawasan pendakian gunung yang menjadi tarikan pengunjung.

“Kunjungan ke kawasan eco-pelancongan menjadi semakin popular selepas rakyat rasa terbelengu ketika pandemik Covid-19.

“Sehubungan itu Jabatan Perhutanan kebelakangan ini dilihat proaktif dalam menaiktaraf kawasan eco-pelancongan bagi menjadikan sebagai lokasi yang diminati,” tambahnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI