fbpx

Covid-19 di Jepun makin buruk, catat lebih 10 juta jangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berjalan di jalan di daerah Ginza, Tokyo pada 26 Jun lalu. - AFP

TOKYO – Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di Jepun melebihi angka 10 juta kelmarin setelah negara itu mencatatkan lebih 90,000 kes baharu untuk dua hari berturut-turut, lapor agensi berita Kyodo.

Kerajaan Jepun bagaimanapun tidak mempunyai rancangan untuk melaksanakan semu­la sekatan berkaitan Covid-19. 

Perdana Menteri Fumio Kishida menyatakan dalam satu sidang akhbar bahawa negara perlu melaksanakan ‘kewas­padaan maksimum’ dan dalam masa yang sama, memastikan sektor ekonomi terus berjalan.

Kata beliau, kerajaan Jepun akan ‘menggunakan keupayaan tindak balas Covid-19 yang diperkukuh’ untuk memben­dung gelombang koronavirus yang ketujuh.

Di Tokyo di mana 16,662 kes baharu disahkan, pentadbiran kota metropolitan itu menaikkan tahap amaran Covid-19 kepada tahap tertinggi daripada empat peringkat.

Wabak Covid-19 di Jepun kembali meningkat, didorong oleh penularan subvarian Omicron BA.5 yang sangat mudah berjangkit. Sebanyak 97,788 kes baharu dilaporkan di seluruh Jepun. Angka itu menghampiri kemuncak penularan Co­vid-19 yang mencatatkan sekitar 104,000 kes harian pada Februa­ri lalu.

“Jangkitan Covid-19 merebak ke seluruh negara dan jumlah kes meningkat melibatkan semua kumpulan usia terutama­nya dalam kalangan orang muda,” kata Kishida.

Jumlah kes kumulatif me­ningkat dua kali ganda di Jepun dalam tempoh hanya empat bulan, demikian menurut agensi berita Kyodo. Perkembangan itu membayangkan bahawa jangkitan koronavirus semakin pantas berlaku.

Selepas kes pertama Co­vid-19 disahkan di Jepun pada Januari 2020, ia mengambil masa cuma 19 bulan untuk ang­ka jangkitan mencecah satu juta dan enam bulan lagi untuk mencapai lima juta kes.

Hanya sekitar 12 negara kini mempunyai kes kumulatif Covid-19 lebih tinggi daripada Jepun termasuk Amerika Syarikat dan India yang mendahului senarai dengan masing-masing merekodkan sekitar 89 juta dan 43.7 juta kes.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Hirokazu Matsuno berkata, kadar penghunian katil di hospital-hospital negara itu meningkat tetapi secara keseluruhan kekal rendah. Begitu juga jumlah kematian dan pesakit yang mengalami gejala teruk.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI