fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh GSF di laman Instagram tentang pembebasan Saif Abu Keshek, hari ini.

‘Perjuangan kami belum berakhir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktivis kemanusiaan dan pemimpin Global Sumud Flotilla (GSF), Saif Abu Keshek, akhirnya dibebaskan daripada tahanan pihak berkuasa Israel selepas enam hari mengharungi detik kejam dalam penjara rejim berkenaan.

Menerusi satu hantaran video oleh GSF, Saif yang sebaik sahaja tiba di Athens, Greece, menegaskan pembebasannya hanyalah satu langkah kecil dalam perjuangan yang lebih besar untuk membebaskan Palestin.

“Saya baru sahaja tiba di Athens. Saya meninggalkan ribuan tahanan Palestin terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan lelaki yang berada di belakang saya.

“Layanan yang saya terima tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan yang mereka lalui setiap hari dan kita tidak boleh melupakan tahanan Palestin lain yang berdepan penyiksaan dan pencabulan hak asasi ini secara berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, Saif turut merakamkan penghargaan kepada pasukan undang-undang Adalah, keluarga serta 180 individu lain yang berani menyokong gerakan tersebut.

Menurut kenyataan GSF, walaupun Saif telah dibebaskan, ribuan rakyat Palestin masih ditahan sebagai tebusan di dalam penjara Israel dalam keadaan yang sangat tidak berperikemanusiaan.

“Perjuangan kita belum berakhir. Walaupun Saif kini selamat, rakan-rakan seperjuangan yang lain masih meneruskan pelayaran di laut untuk misi kemanusiaan ini dan kami menyeru masyarakat dunia untuk terus mendorong kekaisaran ini di semua bidang,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu Kosmo! melaporkan dua aktivis dan pemimpin GSF, Thiago Ávila dan Saif Abu Keshek dijangka dibebaskan daripada tahanan Israel semalam selepas lebih seminggu ditahan pihak berkuasa negara itu. – KOSMO! ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN