fbpx
Peserta GSF 2.0 sedang membuat persiapan untuk pelayaran kedua menuju Gaza dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye.

[VIDEO] 15 bot GSF bakal belayar dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 15 buah bot dijadualkan berlepas dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye dalam masa terdekat bagi meneruskan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza.

Perkembangan itu dikongsikan menerusi hantaran di platform rasmi Sumud Nusantara Official yang memaparkan proses memuatkan pelbagai barangan keperluan misi ke dalam bot-bot berkenaan.

Menurut kenyataan tersebut, persiapan logistik sedang giat dijalankan bagi memastikan semua bekalan dan kelengkapan yang diperlukan dapat dibawa bersama sepanjang pelayaran menuju ke destinasi misi.

“Proses memuatkan barang-barang keperluan misi ke dalam bot-bot yang akan berlayar dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye bagi meneruskan misi Global Sumud Flotilla ke Gaza.

“Terdapat sebanyak 15 buah bot yang akan berlepas dari pelabuhan ini dalam masa terdekat,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby dilaporkan berkata, seramai 10 aktivis Malaysia yang sebelum ini ditahan dan telah dibebaskan tentera Israel akan memulakan pelayaran kedua menuju ke Gaza pada bila-bila masa.

Katanya, kesemua mereka berada di Istanbul, Turkiye dan tidak kembali ke Malaysia bagi meneruskan perjuangan pembebasan Palestin.

Sani berkata, pelayaran kali ini bukan mudah termasuk menyusun kapal untuk dibawa ke Turkiye dengan 17 kapal masih belum ditunda dan sukar menunda kapal yang sudah disabotaj dengan sengaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN