fbpx
Tangkap layar beberapa ambulans digerakkan ke lokasi kejadian.

[VIDEO] Melintas di laluan salah, warga New Zealand patah kaki dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki warga New Zealand melintas jalan di lokasi bukan laluan pejalan kaki mengundang padah apabila terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal di Jalan Chow Kit menghala ke arah Sogo di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.37 pagi itu, mangsa berusia 49 tahun mengalami patah kaki kanan, luka di bahagian belakang kepala serta bengkak di tangan kanan dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang lelaki tempatan berusia 26 tahun.

Menurut beliau, penunggang motosikal itu hanya mengalami luka kecil di tangan dan kaki.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pejalan kaki melintas jalan secara tiba-tiba di lokasi yang bukan laluan lintasan pejalan kaki sehingga menyebabkan pelanggaran berlaku.

“Pihak JSPT Kuala Lumpur telah menjalankan tindakan lanjut termasuk semakan rakaman televisten litar tertutup, melawat lokasi kejadian serta mendapatkan keterangan pihak terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua individu terbabit berjaya dikesan dan penunggang motosikal yang cedera ringan turut dipanggil bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN