fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia, ia melibatkan seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Selain itu, di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan seluruh Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya.

“Cuaca buruk turut melibatkan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson) dan Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Di Sarawak, hujan lebat diramalkan melanda Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Sarikei, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang,” lapor MetMalaysia.

Keadaan sama dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Katanya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN