fbpx
Gambar Hiasan

RTM, Unifi TV penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV diumumkan sebagai penyiar rasmi kejohanan FIFA World Cup 2026 di Malaysia bagi memastikan seluruh rakyat dapat menikmati temasya bola sepak terbesar dunia itu secara inklusif, sah dan menyeluruh.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat hasil kerjasama strategik antara kerajaan dan sektor swasta untuk memastikan penyiaran berkualiti tinggi serta capaian lebih meluas kepada rakyat.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, kejohanan itu akan disiarkan menerusi pelbagai platform termasuk siaran percuma Free-to-Air melalui MyTV selain platform over-the-top (OTT) menerusi aplikasi RTM Klik dan Unifi TV.

“Liputan menyeluruh merangkumi kesemua 104 perlawanan akan disiarkan secara langsung di Unifi TV. Manakala RTM akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau tertunda.

“Ini memberikan kepelbagaian pilihan tuntunan kepada peminat. Program Grandstand akan diterbitkan dari Angkasa Puri Kota Media dengan penyampaian utama dalam Bahasa Melayu serta sebahagian dalam Bahasa Inggeris. Perkembangan terkini juga akan dikongsikan melalui program Selamat Pagi Malaysia,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN