fbpx

Wanita minta wang pampasan RM500 kerana bekas teman lelaki curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas teman lelakinya bersetuju lantas memindahkan wang sebanyak £100 (RM530) kepada akaun wanita itu. – Unsplash

LONDON – Seorang wanita  meminta ‘wang pampasan’ berjumlah £100 (RM530) daripada bekas teman lelakinya kerana berlaku curang sehingga hampir menyebabkan dia dijangkiti penyakit kelamin, lapor akhbar Daily Star semalam.

Issy Oakley yang berasal dari Britain berkata, hubungan  dengan bekas teman lelakinya tidak berakhir dengan baik apabila wanita berkenaan sedar dia hampir dijangkiti penyakit kelamin.

Justeru, dia menghantar pesanan ringkas kepada lelaki itu sambil meminta wang berjumlah £100 (RM530).

Menerusi perkongsian di TikTok, bekas teman lelakinya bertanya mengenai alasan dia perlu membayar wang tersebut.

“Disebabkan kamu curang kepada saya dan hampir menjangkiti saya dengan penyakit kelamin,” balas Issy.

Lelaki itu kemudian bersetuju dan menjawab bahawa dia menimbang permintaan Issy.

Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan menghantar tangkap layar menunjukkan pengesahan transaksi wang kepada Issy seperti diminta oleh wanita berkenaan.

Perkongsian itu menjadi perbincangan hangat dalam kalangan netizen dengan ramai memberikan pendapat masing-masing.

“Sikap seorang ratu. Habislah saya. Alasan yang kukuh,” kata seorang netizen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI