fbpx

Jumpa mayat reput ketika cuci perut lembu korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Kampung Lubuk Kawah, Pulau Teluk Rejuna dekat Tumpat semalam. /FOTO IHSAN PENDUDUK

TUMPAT – Mayat seorang lelaki yang sudah reput dengan sebahagian anggota badan dipercayai dimakan haiwan ditemui dalam keadaan terapung di Sungai Kampung Lubuk Kawah, Pulau Teluk Rejuna dekat Palekbang di sini semalam.

Mayat lelaki yang dipercayai sudah meninggal dunia dalam tempoh 36 jam itu dijumpai kira-kira pukul 11 pagi tanpa sebarang pengenalan diri.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, sepasukan dan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai penemuan mayat tersebut.

Menurutnya, mayat lelaki itu telah dibawa ke darat untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke Hospital Tumpat di sini untuk dibedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati mayat sudah reput dengan bahagian anggota badannya telah dimakan haiwan selain sudah meninggal dunia dalam tempoh 36 jam.

“Punca kematian mangsa masih belum dapat dikenalpasti kerana keadaan mayat sudah reput. Selain itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat juga tidak menerima sebarang laporan orang hilang dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Amran berkata, sampel yang diterima dari hospital akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Sementara itu, seorang penduduk Pulau Teluk Rejuna yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah,50, ketika dihubungi Kosmo! berkata, penemuan mayat mangsa disedari oleh seorang penduduk kampung ketika membasuh bahagian perut lembu korban pagi semalam.

Menurut wanita itu, penduduk berkenaan melihat satu objek terapung di tepi sungai berkenaan semasa sibuk menjalani ibadah korban yang dilakukan tidak jauh dari sungai itu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI