fbpx

Manchester United sudah tidak mahu ambil pusing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG (kiri) kini sedang sibuk membina semula skuad United bagi memastikan mereka mampu memulihkan prestasi buruk yang dilalui musim lalu. – AFP

MANCHESTER – Konflik antara Manchester United dan Cristiano Ronaldo memasuki episod baharu selepas pemain antarabangsa Portugal itu masih belum melaporkan diri untuk menyertai latihan pramusim.

Meskipun sudah diberi amaran oleh kelab supaya menyertai latihan bersama rakan sepasukan menjelang aksi jelajah pramusim di Australia dan Thailand bermula minggu depan, namun tidak diendahkan Ronaldo.

Menurut laporan media tempatan, ketiadaan bekas pemain Real Madrid itu sebenarnya ‘di­restui’ oleh kelab memandang­kan dia dikatakan perlu menyelesaikan urusan keluarga.

Bagaimanapun, pemerhati bola sepak menganggap ‘urusan keluarga’ itu merupakan salah satu alasan bagi membolehkan Ronaldo berunding dengan pasukan yang bakal menjadi destinasi baharunya nanti.

Terdahulu, Ronaldo secara terbuka menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap aksi mengecewakan yang ditampilkan United sehingga menyebabkan mereka gagal melangkah ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Meskipun berada di bawah kendalian pengurus baharu, Erik Ten Hag, namun pemain berusia 37 tahun itu masih ragu dengan kemampuan United untuk mencabar mana-mana kejuaraan utama.

Selepas perkembangan baharu itu, beberapa pasukan terma­suk Chelsea, Bayern Munich dan Napoli mula mengatur langkah untuk mendapatkan khidmatnya dengan pemilik The Blues, Todd Boehly sudah bertemu dengan ejennya, Jorge Mendes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI