fbpx

JHEAT siasat video pelanggan lelaki peluk pelayan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar adegan berpelukan antara dua lelaki dan seorang wanita yang tular di laman sosial

KUALA TERENGGANU –  Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan melakukan siasatan berhubung penyebaran klip video memaparkan dua pelanggan lelaki memeluk seorang pelayan wanita ketika bergambar di Setiu baru-baru ini.

Pesuruhjaya JHEAT, M. Rozi Bidin berkata, perbuatan mencolok mata tersebut bukan sahaja kurang bermoral malah menyalahi Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

“Perlakuan tidak senonoh ini tidak patut kita biarkan kerana ia telah mencemarkan kesucian agama Islam.

“Siasatan akan dilakukan dan tindakan boleh diambil mengikut bidang kuasa JHEAT bagi membendung perbuatan sama berleluasa dalam kalangan masyarakat,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan adegan dua lelaki memeluk seorang pelayan wanita ketika bergambar mengundang pelbagai reaksi di laman sosial.

Menerusi perkongsian satu klip video di laman Twitter, Anep memaparkan dua pelanggan lelaki tanpa segan silu telah memeluk bahagian pinggang dan bahu wanita berkenaan sewaktu sedang bergambar di sebuah kedai makan di Setiu.

Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001, individu Islam yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam boleh didenda RM1,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI