fbpx

Tiga individu bergaduh, pecahkan cermin kereta diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pergaduhan yang tular di TikTok.

KUALA LUMPUR – Polis memberkas tiga individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan di sekitar Sri Petaling, di sini pada 27 Jun lalu.

Difahamkan, rakaman insiden itu tular di TikTok memaparkan sekumpulan lelaki sedang merusuh serta memecahkan cermin beberapa kereta yang diparkir di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan merupakan lelaki berusia lingkungan 20 hingga 41 tahun.

“Kesemua suspek akan dibawa ke Majistret Kuala Lumpur bagi proses permohonan reman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Amihizam, polis kini sedang giat mengesan suspek yang masih bebas selain menggesa individu terlibat dalam rakaman video tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

Katanya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi talian Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI