fbpx

Tiga maut Myvi bertembung treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan di Serendah awal pagi tadi.

HULU SELANGOR – Tiga individu maut apabila kereta Perodua Myvi dinaiki bertembung dengan sebuah treler di hadapan Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.35 pagi tadi.

“Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila pemandu Myvi telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler.

“Pemandu Myvi dan dua orang penumpang di dalam kenderaan berkenaan yang berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun itu disahkan mati di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kesemua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat.

Sementara itu, pemandu treler pula di bawa ke klinik sekitar Rawang bagi mendapatkan rawatan susulan akibat mengalami kecederaan di bahagian dada.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI