fbpx
Keadaan motosikal Honda EX5 dan mayat Mohd. Faizal yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Gong Kapas, Kuala Terengganu hari ini.

Pembantu kedai makan maut, Honda EX5 rempuh pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu kedai makan maut selepas motosikal yang dia tunggang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gong Kapas di sini awal pagi ini.

Dalam kemalangan pada pukul 1.58 pagi itu, mangsa, Mohd. Faizal Ali, 42, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Faizal dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pasir Panjang di sini dari pusat bandar raya ini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda EX5 ditungganginya dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan.

“Impak rempuhan itu menyebabkan motosikal mangsa terbabas ke laluan bertentangan lalu terjatuh ke atas jalan raya,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, pemeriksaan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan Mohd. Faizal telah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN