fbpx
KANE muncul wira England apabila dua gol yang dijaringkan membawa England mara ke pusingan 16 terbaik. - AFP

Piala Dunia 2026: England bangkit kobar impian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATLANTA – Pengendali England, Thomas Tuchel menganggap Harry Kane adalah penggempur sejati selepas meledak dua gol bagi membantu The Three Lions bangkit menewaskan Republik Demokratik (DR) Congo 2-1 pada aksi pusingan 32 terbaik saingan Piala Dunia 2026, awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, England yang dikejutkan dengan jaringan awal Brian Cipenga pada minit ketujuh berada di ambang penyingkiran sebelum Kane meledak gol penyamaan pada minit ke-75 dan gol kemenangan empat minit sebelum tamat permainan.

Kemenangan itu menyaksikan England bakal berdepan tuan rumah, Mexico pada aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Azteca, awal pagi Isnin depan.

Tuchel memuji ketajaman Kane yang kini mengumpul lima gol dalam empat perlawanan, sekali gus terus bersaing dengan Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Erling Haaland dalam perebutan Kasut Emas.

“Mereka semua seperti ‘pemangsa’. Apabila mereka menghidu peluang, mereka akan datang dan menjaringkan gol dengan mudah.

“Ini adalah perlawanan yang sukar, tetapi kami tidak bersedia menerima kekalahan. Mereka menunjukkan karakter sebenar dan kami layak meraih kemenangan walaupun ia hadir pada penghujung perlawanan,” katanya

Sementara itu, Kane menyifatkan kemenangan tersebut sebagai hasil kesabaran dan semangat juang seluruh pasukan ketika berdepan lawan yang begitu sukar.

“Ia benar-benar perlawanan yang gila. Mereka adalah pasukan yang kuat, tetapi selepas rehat kami bermain jauh lebih baik walaupun penjaga gol mempamerkan prestasi luar biasa.

“Pasukan ada bercakap mengenai detik-detik seorang wira dan mungkin kali ini giliran saya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN