fbpx

Virus cacar monyet bermutasi 12 kali ganda lebih cepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR edaran Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) menunjukkan luka ruam akibat virus cacar monyet. - AFP

LONDON – Pakar-pakar memberi amaran bahawa virus cacar monyet kini bermutasi lebih cepat daripada jangkaan, menyebabkan penularan berlaku lebih pantas berbanding varian sebelumnya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pasukan penyelidik Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mendapati virus itu bermutasi 12 kali ganda lebih cepat berbanding jangkaan pakar-pakar perubatan sejak 2018.

Justeru, mereka percaya bahawa virus cacar monyet yang merebak menerusi sentuhan atau permukaan tercemar, mungkin boleh menular dengan cara berlainan berbanding sebelum ini.

Penemuan itu disiarkan dalam laporan kemaskini kes cacar monyet global yang menyaksikan 201 kes dikesan di 25 negeri Amerika Syarikat termasuk Washington. 

Dalam pada itu, lebih 3,500 kes direkodkan di seluruh dunia di negara-negara bukan endemik cacar monyet.

Penyelidik-penyelidik NIH bertindak mengumpul dan mengkaji 15 sampel virus cacar monyet menerusi kajian tersebut.

Mereka menstruktur semula maklumat genetik virus itu untuk mencari bilangan mutasi yang berlaku sejak varian itu mula merebak.

Walaupun virus itu hanya dikesan baru-baru ini dalam populasi manusia, pakar-pakar berkata, mereka percaya varian cacar monyet yang berasal dari Afrika Barat itu mula merebak ke seluruh dunia pada 2018.

Virus cacar monyet pada asalnya tidak bermutasi dengan cepat seperti Covid-19. 

Punca cacar monyet bermutasi pada kadar 12 kali ganda itu tidak dapat dipastikan walaupun pakar-pakar percaya proses tersebut menyumbang kepada peningkatan wabak berkenaan tahun ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI