fbpx
FATIN menunjukkan gambar anak lelakinya yang mengalami tiga kecederaan dipercayai akibat dibuli oleh murid sebuah sekolah di Jitra.

Luluh hati anak kerap dibuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Seorang murid lelaki tahun tiga sebuah sekolah di sini didakwa mengalami kecederaan termasuk keretakan tulang tangan dipercayai akibat dibuli rakan sekelas sejak tahun lepas.

Ibu kepada kanak-kanak terbabit yang mahu dikenali sebagai Fatin, 32, mendakwa, anaknya mengalami kecederaan itu dalam insiden berasingan pada 17 Mei tahun lepas serta 26 Mac dan 17 Mei tahun ini.

Dakwanya, kejadian berulang itu mengakibatkan anaknya takut untuk ke sekolah berkenaan lagi sehingga mereka memutuskan untuk memindahkannya ke sekolah lain.

“Insiden pertama berlaku pada 17 Mei tahun lepas apabila anak mengadu dia ditolak sehingga jatuh. Pada hari kejadian saya terpaksa membawanya menjalani pemeriksaan di sebuah hospital swasta kerana dia menangis kesakitan dan disahkan ada keretakan pada lengan kanan.

“Suami terpaksa tanggung kos rawatan sehingga RM5,000. Luluh hati hati apabila mendapat tahu perkara ini dan akibatkan anak terpaksa cuti sakit selama dua minggu. Saya masih berdiam dan beranggapan positif tentang insiden ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bercerita lanjut katanya, kejadian kedua berlaku sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lepas apabila anaknya ditampar sehingga lebam pada bahagian pipi dan matanya.

“Kejadian berlaku sebelum hari raya menyebabkan anak saya tertekan kerana malu ingin beraya dengan lebam pada mukanya. Saya mula mempersoalkan tindakan pihak sekolah kenapa tiada apa-apa tindakan.

“Namun baru-baru ini berlaku lagi insiden apabila seorang murid cucuk muka anak saya dengan pensil sehingga terkena bahagian bawah mata,” dakwanya.

Dia yang merupakan suri rumah berkata, dia bersama suami dipanggil dalam satu majlis muafakat pada 18 Mei lalu, namun penyelesaiannya sangat mengecewakan.

“Anak saya turut dipersalahkan dalam hal ini dan pihak sekolah dilihat tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menyelesaikan perbuatan murid berkenaan yang boleh dianggap membuli.

“Pada hari yang sama saya dan suami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu. Kami turut membuat keputusan untuk memindahkan anak kami ke sekolah lain. Saya risau kalau dia bersekolah di situ lagi lebih banyak kecederaan yang akan dialaminya,” jelasnya.

Katanya, walaupun terpaksa berpindah sekolah yang lebih jauh dari rumah mereka namun dia reda demi keselamatan anak sulung mereka itu.

“Cuma kami berharap pihak terlibat memandang serius isu ini dan melakukan sesuatu untuk menyelesaikannya demi keselamatan lebih 1,000 murid sekolah berkenaan,” katanya.

Tambahnya, anaknya kini lebih ceria apabila akan memulakan pembelajaran di sekolah lain selepas cuti persekolahan selama dua minggu ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN