fbpx

Kawasan Taman Dato’ Hormat dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air melimpah jalan selepas hujan lebat di Taman Dato'Hormat Teluk Panglima Garang pagi ini. - FOTO: ABDUL RAZAK IDRIS

KUALA LANGAT – Kawasan sekitar Taman Dato’Hormat Teluk Panglima Garang dinaiki air setinggi 0.3 meter selepas hujan lebat pagi ini.

Menurut seorang penduduk dikenali sebagai Jefri,48, sebelum ini hujan lebat hanya menyebabkan parit dipenuhi air sahaja.

“Mungkin air yang penuh di dalam parit akibat hujan kelmarin menyebabkan air melimpah ke jalan dan rumah penduduk di kawasan rendah.

“Harap pihak berkuasa mengorek parit dan membersihkan sampah di dalamnya,” katanya.

Sementara itu seorang pengguna jalan di kawasan tersebut, Mohd. Hisham Talib,62, semalam dia melihat parit di taman tersebut telah dipenuhi air.

Katanya lagi, air yang tidak mengalir ke parit besar menyebabkan bila berlaku hujan lebat pada hari berikutnya air menaiki jalanraya.

“Bila air bertakung dan tidak mengalir maka banjir boleh berlaku.

“Sebaiknya dibina parit konkrit yang dalam dan lebar bagi memastikan masalah banjir kilat ini tidak berulang,” katanya.

Tinjauan Kosmo! mendapati banjir kilat di kawasan tersebut menyebabkan kenderaan sederhana dan kecil meredah air dengan berhati-hati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI