fbpx

Suami isteri diberkas kes penipuan inap desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Sepasang suami isteri disyaki dalang kes penipuan inap desa tidak wujud di Jalan Pasir Panjang di sini pada minggu lalu telah berjaya ditahan polis malam tadi.

Lelaki berusia 27 tahun manakala isterinya berumur 26 tahun yang kedua-duanya merupakan penganggur telah diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di Dungun pada pukul 10.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M. Zambri Mahmud berkata, serbuan tersebut turut merampas telefon bimbit, kad sim, kad mikro dan kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik suspek.

“Sebelum ini, polis telah menerima aduan daripada mangsa berhubung penipuan inap desa tidak wujud yang disyaki didalangi kedua-dua pasangan suami isteri itu pada 3 Jun lalu.

“Kedua-dua suspek telah ditahan reman selama empat hari sehingga 12 Jun ini (Ahad) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang mangsa yang merupakan pelancong mendakwa kerugian RM221.50 setelah inap desa yang ditempahnya daripada pasangan suami isteri itu sebenarnya tidak wujud.

Terdahulu, dia yang membuat pembayaran bagi tempahan sebuah inap desa yang dikatakan terletak di Jalan Pasir Panjang di sini kepada suspek menerusi pembankan online. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI