fbpx
Anggota polis membawa tertuduh untuk didakwa atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik iparnya di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini.

Penganggur didakwa tiga pertuduhan ‘sentuh’ adik ipar 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PASIR MAS – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik iparnya yang berusia 14 tahun di dalam sebuah rumah dekat Tumpat pada bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 22 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun sebulan ketika kejadian.

Perbuatan itu dilakukan di dalam bilik sebuah rumah di Tumpat dekat sini kira-kira pukul 2 pagi pada 6, 7 dan 9 Mei lalu.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Siti Aiysha Na’ilah mencadangkan jaminan RM30,000 untuk ketiga-tiga pertuduhan dengan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Tertuduh dalam rayuannya memohon belas kasihan mahkamah agar jumlah ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan perlu menjaga dua orang anak.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM9,000 dengan seorang penjamin untuk ketiga-tiga pertuduhan selain menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar ikat jamin yang ditetapkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN