SEORANG lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan amang seksual fizikal dan merogol anak tiri perempuannya dalam kejadian di Tualang Sekah, tahun lalu.

Buruh binaan tak mengaku ‘sentuh’ anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang buruh binaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan merogol anak tirinya sejak tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 44 tahun membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual terhadap mangsa di dalam bilik tidur sebuah rumah di Tualang Sekah, Malim Nawar pada pukul 7 pagi, 10 September lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Sabit kesalahan, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun hingga tiga tahun seperti peruntukan di bawah Seksyen 295(1A) Kanun Prosedur Jenayah.

Tertuduh juga didakwa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa berusia 16 tahun di dalam bilik di rumah sama pada pukul 8 pagi, Jun 2025

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta tidak lebih 10 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Arfahanim Azureen Arfanuddin mencadangkan jaminan sebanyak RM25,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan dua penjamin warga tempatan bukan dalam kalangan ahli keluarga.

Beliau turut mencadangkan syarat tambahan iaitu tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta melapor diri setiap awal bulan di balai polis berhampiran.

Bagaimanapun, peguam, Aliff Aiman Rusli merayu jaminan RM2,000 bagi kedua-dua pertuduhan atas alasan anak guamnya bekerja sebagai buruh binaan dengan pendapatan RM50 hingga RM100 sehari.

Tertuduh juga menanggung tiga anak termasuk dua anak tiri serta isteri yang bekerja di kedai makan dengan pendapatan RM60 sehari.

Mahkamah membenarkan lelaki itu diikat jamin RM9,000 dengan dua penjamin warga tempatan berserta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 2 Disember ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN