PONTIAN – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, Datuk Mohd Sumali Reduan dicabar dalam pertandingan satu lawan satu menentang calon Pakatan Harapan (PH) dari Amanah, Abdul Razak Ismail dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16 kali ini.
Pengesahan tersebut dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan DUN Benut, Sulaiman Ismail selepas tamat tempoh bantahan sebentar tadi.
Menurut beliau, Mohd Sumali, 54, menghantar borang pencalonan pada pukul 9.04 pagi, diikuti Abdul Razak Ismail, 36, pada pukul 9.08 pagi.
Katanya, setelah tamat tempoh bantahan pada pukul 10 pagi, pihak berpuas hati kedua-dua calon layak bertanding pada PRN pada 11 Julai depan.
“Mengikut cabutan bagi kertas pengundian, Mohd Sumali berada di nombor satu, manakala Abdul Razak berada di nombor dua,” katanya.
Mohd Sumali yang juga Setiausaha Kerja UMNO Malaysia menggantikan penyandang terdahulu, Datuk Seri Utama, Ir. Hasni yang tidak dicalonkan semula pada kali ini.
Pada PRN Johor ke-15. Hasni menewaskan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Haniff @ Ghazali bin Hosman, calon dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Isa Ab. Hami dan calon Pejuang Iskandar Noor Ibrahim.- KOSMO! ONLINE














