fbpx
Kesemua tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Enam warga asing didenda, mengaku terlibat sindiket ‘love scam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Enam lelaki warga asing masing-masing didenda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan terlibat dalam kegiatan ‘love scam’.

Tertuduh ialah Wu Chunsheng, 24, Wang Junye, 35, Kuai Ming, 28, Gao Yang, 35, Shu Wentao, 40, yang merupakan warga China dan seorang warga Taiwan, Chen Nan, 28.

Majistret Roshayati Radellah menjatuhkan hukuman itu selepas kesemua tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Mereka didapati bersubahat menjalankan aktiviti penipuan dalam talian di sebuah premis di Taman Pinggiran Bukit Minyak, Seberang Perai Tengah, kira-kira pukul 10.30 malam, 1 Jun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Zulfadzli Hassan mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 120B(1) kanun sama.

Lima tertuduh warga China diwakili peguam K. Kumaran, manakala tertuduh warga Taiwan diwakili peguam Chiang Kian Hong.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM9,000 ke atas setiap tertuduh atau penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN