fbpx
CALON dari kiri Paul Vincent, Wee Siong, Maszlee, Rashifa Chia Ling disahkan akan bertanding bagi kerusi DUN Puteri Wangsa Pusat Penamaan Calon di SMK Bandar Dato Onn, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

PRN Johor: Kekuatan Maszlee diuji empat calon muka baharu di Puteri Wangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

​JOHOR BAHRU – Calon ‘heavyweight’ Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik berdepan saingan lima penjuru merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 kali ini.

​Dr. Maszlee, 52, yang juga bekas Menteri Pendidikan berdepan dengan calon daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang dilihat dalam usaha mempertahankan kubu kuat mereka dengan mempertaruhkan Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied, 29.

Rashifa dilihat mempunyai kelebihan pada gerak kerjanya yang sudah lama bertapak di kawasan berkenaan, sekali gus memberi cabaran buat Dr. Maszlee untuk menawan hati pengundi tempatan.

​Sementara, Barisan Nasional (BN) pula memilih strategi berani dengan menampilkan calon muka baharu, Teow Chia Ling, 41, untuk merampas kerusi tersebut.

​Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi itu membuktikan BN mahu memikat pengundi muda dan atas pagar dengan menyandarkan harapan kepada calon segar.

​Parti Bersama Malaysia (Bersama) turut mengumumkan bertanding di kerusi sama apabila menampilkan calon yang juga seorang profesional dalam bidang minyak dan gas (O&G), Nicholas Paul Vincent, 35.

Selain itu, calon bebas, Wang Wee Szoang, 49, turut mencuba nasib apabila kali pertama bertanding dalam pilihan raya sekali gus mewarnai saingan lima penjuru.

Pada PRN Johor ke-15 pada 2022 lalu, DUN Puteri Wangsa mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya kerusi yang berjaya dimenangi oleh Muda menerusi Presidennya, Amira Aisya Abdul Aziz.

​Beliau menang bergaya dalam persaingan sengit enam penjuru dengan majoriti 7,114 undi, sekali gus menewaskan pencabar terdekat daripada BN, Ng Yew Aik.

​Mengikut statistik dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan DUN N.41 Puteri Wangsa mempunyai keseluruhan 128,723 orang pemilih berdaftar berdasarkan data daftar pemilih yang dikemaskini sehingga 31 Mei 2026.-KOSMO! ONLINE

HABIS//

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN