fbpx

MAFI tidak akan pinda Akta Perikanan 1985

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald ketika ditemui pada Pra-Pelancaran MAHA 2022 di MAEPS hari ini. /FOTO FAIZ ALIFF

SERDANG – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) tidak akan meminda Akta Perikanan 1985 bagi menangani pencerobohan nelayan warga asing di perairan negara buat masa ini.

Menteri MAFI, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, akta sedia ada sudah cukup untuk menangani isu tersebut di samping penguatkuasaan dari setiap agensi terlibat bagi melindungi perairan negara.

“Akta (Akta Perikanan 1985) sudah cukup bagi menangani isu pencerobohan nelayan warga asing ini.

“Pelbagai agensi sudah dipertanggungjawabkan untuk buat penguatkuasaan bagi melaksanakan tugas menguat kuasa dengan melindungi perairan negara kita daripada dicerobohi nelayan warga asing ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pada sidang akhbar selepas merasmikan Pra-Pelancaran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia 2022 (MAHA 2022) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini hari ini.

Tambahnya, tindakan daripada agensi penguat kuasa mampu menangani masalah pencerobohan nelayan asing yang mengutip hasil laut di perairan negara.

“Sepatutnya, nelayan warga asing tidak boleh menceroboh perairan negara, kita cuma beri lesen pelbagai kelas dalam industri perikanan kepada warga tempatan sahaja.

“Jadi kalau ada yang ceroboh di laut perairan perikanan negara, tindakan daripada agensi penguat kuasa akan dilaksanakan untuk menghalang mereka,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI