fbpx
AB. Rauf ketika sesi libat urus bersama komuniti nelayan di Pasir Gembur, Tanjung Bidara, Melaka, hari ini.

Melaka laksana empat langkah selesai dilema nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Kerajaan negeri Melaka mengambil empat langkah bagi menangani dilema komuniti nelayan di Tanjung Bidara, termasuk usaha mendalamkan laluan keluar masuk bot yang menjadi antara isu utama di kawasan itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, keputusan tersebut dicapai hasil sesi libat urus bersama komuniti nelayan dan beberapa agensi teknikal di Pasir Gembur, Tanjung Bidara di sini, hari ini.

Menurutnya, langkah pertama yang dilakukan ialah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran Melaka melaksanakan kajian kebolehlaksanaan bagi kerja-kerja mendalamkan laluan keluar masuk bot nelayan dari Pasir Gembur hingga Batu Tenggek.

“JPS Melaka diarahkan melaksanakan kajian kebolehlaksanaan bagi kerja-kerja mendalamkan laluan keluar masuk bot nelayan dari Pasir Gembur hingga Batu Tenggek supaya aktiviti nelayan dapat dijalankan dengan lebih lancar dan selamat.

“Pada masa sama, Jabatan Kerja Raya diminta menyediakan tapak Balai Nelayan Baharu pada aras yang lebih sesuai bagi mengurangkan risiko limpahan air laut serta banjir ketika fenomena air pasang besar,” ujarnya kepada pemberita, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri turut menetapkan tiada lagi binaan persendirian atau swasta dibenarkan di kawasan struktur penahan ombak di pesisir pantai bagi memastikan fungsi kemudahan itu tidak terjejas.

Katanya, bagi langkah keempat, semua binaan di kawasan rizab pantai diwajibkan mendapatkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) daripada Pentadbir Tanah serta ulasan jabatan teknikal berkaitan sebelum sebarang kelulusan diberikan.  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN