fbpx

Kuota majikan ditamatkan jika potong gaji pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri M. Saravanan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan dengan menamatkan kuota majikan yang memotong gaji pekerja asingnya bagi menampung kos memasuki negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, majikan sebaliknya perlu menanggung semua kos termasuk penginapan dan penerbangan iaitu sifar kos bagi pekerja asing.

“Majikan jangan mula-mula tanggung kos, selepas itu potong gaji pekerja mereka.

“Jika terdapat aduan daripada pekerja melalui aplikasi digital Working For Workers’ (WFW). Kita akan tamatkan kuota mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk Sukarelawan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kementerian tidak akan campur tangan dalam sebarang urusan melibatkan ejen di negara sumber.

Sementara itu, mengulas berkenaan kononnya terdapat protes yang diadakan oleh agensi pekerjaan di Bangladesh, Saravanan menafikan dakwaan terbabit. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI