fbpx
HASNAH mengemas barang keperluan untuk dibawa bagi menunaikan haji di rumahnya di Kampung Sanglang, Pontian baru-baru ini.

Dakwaan majikan tolak cuti tunai haji tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Dakwaan seorang wanita bahawa majikan suaminya menolak permohonan cuti untuk menunaikan haji seperti dilaporkan sebelum ini adalah tidak berasas selepas siasatan terperinci dilakukan Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Johor Bahru.

PTK Johor Bahru dalam kenyataannya berkata, pihaknya melakukan siasatan terhadap laporan akhbar bertarikh dua minggu lalu bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian tersebut.

Katanya, semakan mendapati suami pengadu tidak pernah mengemukakan permohonan cuti kepada majikan untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

“Malah, semasa sesi temu bual dijalankan, pengadu sendiri mengakui suaminya tidak membuat sebarang pendaftaran (cuti) untuk menunaikan haji.

“Siasatan turut mendapati pasangan suami isteri itu menerima tawaran untuk menunaikan haji tahun ini sekali gus menafikan dakwaan majikan menolak permohonan cuti tersebut,” katanya hari ini.

Jelas kenyataan itu, siasatan turut mendapati lelaki tersebut merupakan pekerja kontrak dan tempoh kontraknya dijadualkan berakhir pada 25 Ogos ini.

Baru-baru ini seorang warga emas sayu apabila terpaksa menunaikan haji bersendirian selepas suaminya tidak mendapat pelepasan cuti daripada majikan untuk menunaikan haji.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN