fbpx
Haniff (kanan) membuat kemunculan gimik dengan memakai topeng Salvador Dali sebelum mengesahkan penyertaannya dalam keluarga besar Hot FM.

Haniff Hamzah sertai Hot FM, akhirnya Fizi Ali ada geng ‘on air’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Akhirnya aku ada geng ‘on air’ (ke udara).”

Demikian perkongsian ringkas penyampai radio Hot FM, Fizi Ali yang teruja apabila bakal ditemani rakan regu baharu, Haniff Hamzah bagi mengendalikan segmen petang, Hot Vibes Club.

Sementara itu, Haniff, 42, membuat kemunculan gimik dengan memakai topeng Salvador Dali sebelum mengesahkan penyertaannya dalam keluarga besar Hot FM.

Ujar Haniff, kehadirannya bukan untuk menggantikan sesiapa sebaliknya bertujuan untuk menemani pendengar setia Hot FM pada waktu petang.

“Saya di sini bukan untuk mengambil alih, saya di sini untuk berikan satu pengumuman.

“Bermula 4 Mei dari pukul 3 hingga 7 petang, Isnin hingga Jumaat, saya akan ke udara bersama Fizi. Kami berdua akan menghantui petang anda.

“Teman anda dalam kereta atau rumah, teman waktu putus dengan teman wanita atau di mana saja anda berada. Kami akan berada di sana, Nantikan di Hot FM,” katanya.

Pagi tadi, pengacara Anugerah MeleTOP Era itu juga membuat kemunculan menggayakan kostum ala karakter siri Money Heist sebagai sebahagian daripada gimik pengumuman tersebut.

Sebelum ini, Haniff mengumumkan pengunduran daripada Fly FM selepas kira-kira 20 bulan mengendalikan segmen pagi, EH! It’s Ean and Haniff On The Fly Breakfast. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN