fbpx
Gambar yang dimuat naik Norfathiah di Facebook.

‘Tahniah KKM, anda ada staf yang sangat baik, berbudi bahasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Di saat seorang anak diuji melihat insan tersayang bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU), sekecil-kecil layanan penuh ihsan daripada petugas kesihatan mampu menjadi sinar harapan yang tidak ternilai.

Itulah yang dirasai seorang wanita dikenali sebagai Norfathiah Hadibudin apabila berkongsi pengalaman menjaga bapanya di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). 

Dalam hantaran di Facebook, wanita itu berkata bapanya dirawat selama tiga hari di ICU sebelum dipindahkan ke wad biasa pada hari keempat.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, terdapat seorang jururawat dikenali sebagai Lia yang menunjukkan layanan sangat baik, berbudi bahasa serta memberikan penerangan jelas mengenai keadaan pesakit.

“Saya nak tularkan seorang jururawat bernama Lia. Tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana memiliki kakitangan yang sangat baik dan beradab. 

“Baik budi pekerti. Bila saya masuk dia jelaskan A sampai Z apa keadaan dan langkah seterusnya apa doktor perlu buat kepada ayah saya. Penerangan yang jelas dan sangat mudah kita faham,” katanya. 

Dalam masa sama, Norfathiah turut meluahkan rasa terkilan terhadap layanan seorang jururawat lelaki yang didakwa bersikap kasar terhadap bapanya sehingga menyebabkan warga emas itu berasa sedih dan menangis.

“Bila ayah cerita dia dilayan buruk, dia akan menangis. Dia hanya bergantung kepada air kerana tidak makan dan minum berbulan, jadi bila minta air, dia dimarahi,” jelasnya.

Wanita itu bagaimanapun mengakui tugas sebagai jururawat amat mencabar dari segi mental dan fizikal, namun berharap aspek komunikasi dan layanan terhadap pesakit serta ahli keluarga dapat dipertingkatkan.

“Memang kita faham mereka penat dan stres, tetapi janganlah layan pesakit atau keluarga dengan kasar. Kami cuma nak layanan beradab,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN