fbpx

Budak 3 tahun di Selangor disahkan bukan cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menerusi media sosial yang memaparkan konon ada kanak-kanak menghidap cacar monyet di Selangor.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Selangor adalah negatif daripada jangkitan penyakit cacar monyet.

Sebaliknya, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, budak berkenaan sebenarnya disahkan telah menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

“Keputusan ujian mengesahkan kes kanak-kanak ini adalah HFMD kerana adalah positif virus Coxsackie A6 dan negatif cacar monyet serta virus lain,” jelasnya menerusi kenyataan.

Terdahulu, kementerian itu melalui kenyataan awal mengenai berkata bahawa budak tersebut dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14 Cheras kerana disyaki mungkin ada kes cacar monyet.

Ia susulan pemeriksaan yang dilakukan mendapati kanak-kanak itu ada mengalami gejala demam pada 13 Mei dan ruam pada 16 Mei sebelum ruam itu menjadi ‘blister’ pada 19 Mei.

Lepuh berkenaan kemudian mula didapati pecah pada 21 Mei lalu namun diagnosis awal terhadap kes pesakit cilik tersebut mendapati dia adalah mengalami penyakit HFMD sahaja.

“Dua sampel telah pun diambil dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan sudah membuat pengujian untuk beberapa virus termasuk HFMD dan cacar monyet,” jelas Noor Hisham lagi.

Kenyataan terbaharu beliau itu juga sebagai menjawab kebimbangan ramai warganet melalui wadah media sosial kononnya sudah berlaku penularan penyakit cacar monyet di negara ini.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI