fbpx
Tangkap layar video memaparkan beberapa individu meminta sedekah dipercayai di Pandan Jaya yang dikongsikan individu berkenaan di media sosial, hari ini.

Orang awam gesa imigresen ‘serbu’ Pasar Malam Pandan Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Bertahun sudah geng sindiket mengemis di sini. Bolehlah minta Jabatan Imigresen (JIM) Selangor serbu.”

Itu antara gesaan orang awam terhadap JIM Selangor yang mendakwa mengenai kewujudan sindiket pengemis yang sudah lama bertapak di kawasan Pandan Jaya.

Menerusi media sosial, individu itu turut berkongsi video memaparkan situasi di Pasar Malam Pandan Jaya semalam.

“Inilah sindiket muka pengemis warga asing tetap di Pasar Malam Pandan Jaya, Selangor. 

“Pandan Jaya adalah kawasan terbesar penempatan warga asing di keseluruhan bangunan perniagaan sekitar Pandan Jaya dan Flat Pandan Jaya,” dakwanya.

Hantaran tersebut meraih perhatian orang ramai yang turut meninggalkan pelbagai komen termasuk menyokong tindakan penguatkuasaan dilakukan segera di kawasan tersebut.

“Orang kita juga yang sibuk nak derma. Lantak kau orang la. Nanti cakap lebih, kau orang ceramah aku,” kata seorang pengguna.

“Pihak imigresen dan pihak penguat kuasa terdekat dah boleh melawat pergi pasar malam ini. Selagi tidak ada orang lapor, memang menjadi-jadi,” balas pengguna lain.

“Depan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati pun ada (pengemis) setiap Jumaat,” dakwa @Fummyzainal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN