fbpx

Lucut hak, Alvin Goh kemuka representasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan Alvin Goh Leong Yeong mengemukakan representasi di Mahkamah Tinggi di sini berhubung permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucut hak wangnya berjumlah RM60,232.01 serta wang milik dua syarikatnya.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib pada prosiding pendengaran kes hari ini.

Menurut Ahmad Akram, Jabatan Peguam Negara (AGC) memerlukan masa untuk meneliti representasi tersebut.

“Kami memohon prosiding permohonan lucut hak yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan, berikutan responden (Goh) telah menghantar representasi pada 8 April lalu.Pihak pendakwaan selaku pemohon telah menerima representasi berhubung cadangan penyelesaian kes itu. Bagaimanapun, saya perlu mendapatkan arahan lanjut daripada bahagian pendakwaan AGC,” katanya.

Dalam prosiding hari ini, peguam Loi Yap Loong yang mewakili Alvin Goh mengesahkan perkara berkenaan.

Berikutan repesentasi yang dikemukakan itu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 21 Jun ini untuk mendengar permohonan kes lucut hak tersebut.

Pada 29 September 2021, SPRM memfailkan notis usul melucut hak wang milik Goh berjumlah RM60,232.01 yang disimpan dalam tiga akaun banknya serta RM10,588.94 dan RM16,721.75, masing-masing milik Malaysian House of Internet Sdn Bhd dan Networld Computer (KL) Sdn Bhd.

Permohonan itu difailkan atas alasan wang yang disita pada Disember 2020 dan Januari 2021 didakwa diperoleh melalui hasil daripada aktiviti haram iaitu perjudian secara dalam talian dan dagangan mata wang kripto tanpa lesen sah.

Ia adalah satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI