fbpx
AHMAD SABRI menunjukkan rumahnya yang musnah akibat banjir kilat di Janda Baik, Rabu lalu.

Pengusaha resort Janda Baik rugi tak sempat terima pelanggan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG – Semalam sepatutnya menjadi detik menggembirakan pengusaha di Tebing Resort di Janda Baik di sini apabila mereka dijadual menerima pelanggan pertama selepas ditutup hampir enam bulan kesan daripada banjir besar Disember tahun lalu.

Bagaimanapun keterujaan untuk memulakan operasi dengan melayani pelanggan pertama dari Lembah Klang lenyap sama sekali apabila lokasi percutian itu dilanda banjir kilat akibat hujan yang turun lebih dua jam, Rabu lalu.

Banjir berkenaan merubah segalanya dengan sekelip mata dan merosakkan kembali resort berkenaan yang baharu siap dibina semula termasuk perabot baharu yang baru beberapa hari diganti telah rosak.

Pemilik di Tebing Resort, Naili Mohammad berkata, dia dan adik beradiknya seakan-akan hilang semangat dan masih belum bersedia untuk membersihkan kawasan chalet berkenaan biarpun kejadian itu hampir seminggu berlalu.

Menurutnya, puluhan ribu ringgit telah dibelanjakan mereka bagi membaik pulih semula 11 chalet berkenaan termasuklah membeli tilam dan katil baharu sehari sebelum kejadian.

KEMUDAHAN yang terdapat di Tebing Chalet Janda Baik yang musnah akibat banjir sehingga menyebabkan pemiliknya kerugian puluhan ribu ringgit.

“Selepas bertungkus lumus membaiki termasuklah membina tiga chalet baharu dan bersedia menerima pelanggan pertama untuk kami bangkit semula, sekali lagi segala pelaburan dan penat lelah kami hancur.

“Impian dan harapan me­nyambut pelanggan hancur, kami sudah penat dan masa ini kami masih membiarkan chalet ber­kenaan dalam keadaan begitu dan tidak dibersihkan lagi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambahnya, kejadian banjir kilat berkenaan menyebabkan mereka terpaksa membatalkan semua tempahan yang dibuat.

Sementara itu seorang penduduk Janda Baik, Ahmad Sabri Ahmad Malik, 64, berkata, kejadian banjir kilat yang berlaku sekelip mata dengan air deras ­berkenaan menyebabkan rumahnya yang terletak di tebing sungai musnah.

Katanya, akibat kejadian itu dinding rumahnya yang dibina dengan kayu dan konkrit runtuh dibawa arus deras dengan hanya tandas sahaja yang masih tinggal.

“Belum sempat saya baiki semula rumah yang rosak akibat banjir tahun lalu kali ini rosak kembali, apa lagi yang saya mampu buat selain terus tinggal di sini walaupun tanpa dinding.

“Tanpa pekerjaan tetap saya hanya mampu membina secara berperingkat dan tidak tahu berapa lama baru siap, itu pun diharap tiada lagi banjir,” ujarnya.

POPULAR