PETALING JAYA – “Balik kerja tengok rumah banjir. Bukan Pantai Timur, ni dekat Semenyih ya.”
Itu antara luahan penduduk Semenyih yang mendakwa terpaksa berdepan dengan banjir di Jalan Sungai Lalang menghala ke Sungai Tekala ketika pulang daripada bekerja, semalam.
Menerusi hantaran oleh @By.mawwarkoo di laman sosial Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), individu berkenaan turut meminta pihak tersebut bertindak segera.
“Stres cuci lumpur dari semalam bawak ke hari ni tak selesai-selesai juga. MPKj tolong la buat sesuatu pasal longkang tu. Pembangunan kawasan ni atas bukit.
“Bawah tepi kiri kanan semua korek tanah. Projek elit bagai, tapi kami yang tanggung kesannya,” katanya.
Luahannya itu meraih perhatian orang ramai, malah ada yang turut berkongsi video serupa ketika kejadian berlaku.
“Setuju. Jalan pun dah sesak teruk. Tak tahu nak cakap apa dah,” ujar @Fahminazar.
“Kasihan…beri terbaik bagi yang terkesan,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














