PETALING JAYA – Kawasan meletak kenderaan di Stesen MRT Kwasa Sentral dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat sehingga menyebabkan beberapa kenderaan hampir ditenggelami banjir.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, kawasan parkir tersebut dipenuhi air bertakung pada paras tayar, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemilik kenderaan.
“Air bertakung,” katanya ringkas ketika membalas pertanyaan netizen mengenai situasi sebenar di lokasi kejadian.
Dalam pada itu, pengguna @Mattbourne68 turut memaklumkan paras air sudah tinggi sehingga mencecah bahagian badan kenderaan.
“Sampai ‘dada’ kenderaan dah tu,” katanya.
Situasi sama turut dikongsi pengguna lain yang menggesa pemilik supaya segera mengalihkan kenderaan masing-masing.
“Cepat balik, hujan masih lebat. Kereta awak sikit lagi nak tenggelam,” katanya.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung termasuk seluruh Lembah Klang. – KOSMO! ONLINE














