fbpx

Ops Selamat guna iCOPS kesan pesalah trafik miliki rekod lampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (tengah) ketika melancarkan Ops Selamat di Menara TM, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengoptimumkan alat pengesan had laju ‘In-Car Radar’ dan Sistem Kompaun Dalam Talian Pintar ‘iCOPS’ bagi mengesan individu yang mempunyai kesalahan trafik serta rekod lampau menerusi Ops Selamat sempena perayaan Aidilfitri.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, tindakan itu dijalankan bagi memudahkan urusan mengesan individu yang mempunyai waran tangkap serta tunggakan saman susulan pergerakan pulang ke kampung secara besar-besaran bermula Jumaat ini.

“Penggunaan alat ‘In-Car Radar’ dan ‘iCOPS’ diperluaskan bagi menyemak nombor kenderaan palsu termasuk mengesan pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak dan waran tangkap trafik.

“Sekiranya pengguna lebuh raya mempunyai waran tangkap serta tunggakan saman, kita akan mengambil tindakan serta merta dengan membawa ke balai berhampiran untuk proses dokumentasi jaminan sebelum diminta menghadirkan diri ke mahkamah bagi tindakan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Majlis Pelancaran Ops Selamat Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini di Menara TM, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Telekom Malaysia Berhad, Tan Sri Mohammed Azlan Hashim dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim serta Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.

Jelasnya, pihaknya menjangkakan kira-kira dua hingga empat juta kenderaan bakal memasuki lebuh raya seluruh negara sepanjang musim perayaan pada 29 April hingga 8 Mei ini.

Susulan itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) juga akan menjalankan pemantauan ke atas kenderaan perdagangan agar mematuhi waktu larangan berada di lebuh raya dan jalan raya bagi memastikan aliran lalu lintas bergerak lancar.

Katanya, tindakan serta merta akan dikenakan kepada pengguna jalan raya yang melakukan lima kesalahan yang telah digariskan JSPT sebelum ini.

Tambahnya, bagi kesalahan yang keenam iaitu menggunakan alat komunikasi semasa memandu tidak akan dikenakan kompaun, sebaliknya pesalah perlu hadir ke mahkamah untuk perbicaraan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI