fbpx

Afrika Selatan isytihar bencana negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK berjalan di sebatang jalan yang sebahagiannya runtuh akibat banjir di Durban kelmarin. - AFP

DURBAN – Presiden Cyril Ramaphosa mengumumkan situasi bencana negara kelmarin selepas banjir dahsyat melanda pantai timur Afrika Selatan dan memberi amaran bahawa perkhidmatan asas akan mengambil masa untuk pulih.

“Ini adalah bencana kemanusiaan yang memerlukan bantuan segera dan secara besar-besaran.

“Kehidupan, kesihatan dan kesejahteraan beribu-ribu orang berisiko terjejas. Pelabuhan Durban yang merupakan terminal perkapalan paling sibuk di Benua Afrika dan menjadi nadi ekonomi negara ini telah terjejas dengan teruk,” kata Ramaphosa dalam ucapan yang disiarkan stesen televisyen Afrika Selatan.

Menurut beliau, sekurang-kurangnya 443 orang terkorban, manakala 48 yang lain masih hilang di sekitar bandar Durban.

“Sesetengah kawasan yang terjejas teruk masih belum dapat dimasuki termasuk 16 buah sekolah terputus hubungan sama sekali,” tambahnya.

Menurut pemimpin tersebut, kira-kira 40,000 orang hilang tempat tinggal dan lebih 600 buah sekolah serta lebih 66 fasiliti kesihatan rosak dalam bencana itu.

Terdahulu kelmarin, tentera Afrika Selatan menyatakan, seramai 10,000 askar telah dikerah untuk memulihkan bekalan kuasa dan air serta mencari mangsa yang hilang. Bagaimanapun, harapan untuk menemui mereka semakin pudar.

Dalam perkembangan berkaitan, jalan rosak dan tanah perkhuburan dinaiki air menyebabkan usaha pengebumian menjadi sukar.

“Terdapat begitu ramai mangsa yang mati dan rumah pengebumian tidak dapat menampung mereka kerana tanah perkuburan ditenggelami air,” kata pengurus besar sebuah syarikat  pengebumian tempatan, Pieter van der Westhuizen,

Perkembangan itu berlaku ketika banyak kanak-kanak dijadualkan kembali ke sekolah selepas cuti Hari Easter semalam, namun pihak berkuasa memberi amaran bahawa seramai 271,000 pelajar tidak dapat hadir kerana sekolah mereka rosak.

Kerajaan Afrika Selatan turut mengumumkan bantuan kecemasan berjumlah satu bilion rand (RM289.21 juta) bagi membantu menangani bencana itu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI