fbpx
QUINONES (No.16) meraikan jaringan ketika berdepan Afrikan Selatan bagi aksi Kumpulan A Piala Dunia 2026. - AFP

Piala Dunia 2026: Layangan kad merah hiasi kemenangan Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEXICO CITY – Pasukan tuan rumah, Mexico memulakan kempen Piala Dunia 2026 dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Afrika Selatan pada aksi Kumpulan A di Estadio Azteca awal pagi tadi.

Dua gol menerusi jaringan Julian Quinones dan Raul Jimenez sudah cukup bagi memastikan skuad El Tri untuk mencatat kemenangan pertama dalam aksi pembukaan Piala Dunia selepas tujuh percubaan sebelum ini tidak membuahkan hasil.

Menerusi satu gol yang dijaringkan, Jimenez hanya memerlukan enam gol lagi bagi menyamai rekod 52 jaringan milik Javier Hernandez selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Mexico.

Selain itu, turut mencuri tumpuan adalah tiga layangan kad merah pada perlawanan tersebut melibatkan dua pemain Afrika Selatan, Yaya Sithole dan Themba Zwane serta pemain pertahanan Mexico, Cesar Montes.

Sebagai rekod, tiga kad merah berkenaan sudah hampir untuk menyamai keseluruhan empat kad merah yang dilayangkan sepanjang edisi Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar empat tahun lalu.

Hasil kemenangan itu, Mexico kini menerajui saingan Kumpulan A selain mendapat motivasi tambahan menjelang dua perlawanan akan datang menentang Korea Selatan dan Republik Czech. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN