fbpx

Benzema terus jadi hero Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA (kanan) meledak gol kemenangan Real ketika menewaskan Sevilla biarpun mereka ketinggalan dengan dua jaringan awal. – AFP

SEVILLE – Karim Benzema sekali lagi muncul wira Real Madrid apabila meledak gol kemenangan dramatik pada lewat permainan untuk menewaskan Sevilla 3-2 dalam aksi La Liga awal pagi semalam.

Kemenangan di Ramon Sanchez Pizjuan itu menyaksikan Los Blancos kini semakin hampir untuk menjuarai La Liga musim ini apabila memiliki kelebihan 15 mata ke atas pasukan tangga kedua, Barcelona.

Ketua Jurulatih Real, Carlo Ancelotti mengakui, saingan musim ini masih belum berakhir tetapi kemenangan itu sememangnya berharga buat mereka untuk terus menjarakkan diri dengan Barcelona.

“Belum berakhir lagi, tetapi ia semakin hampir. Semua orang menunggu untuk melihat kekalahan Real, malangnya kami menjadi semakin hebat hari demi hari.

“Sejarah pasukan ini, kualiti para pemain dan keinginan tinggi mereka untuk menyarung jersi Real adalah punca utama kejayaan kami. Ia juga bukan per­kara baharu buat Real,” katanya.

Real terlebih dahulu ketinggalan dua gol dalam babak pertama kepada Sevilla hasil jaringan Ivan Rakitic dan Erik Lamela pada minit ke-21 serta 25.

Kebangkitan Real bermula di separuh masa kedua menerusi jaringan Rodrygo pada minit ke-50 sebelum Nacho Fernandez mengikat kedudukan ketika aksi berbaki 10 minit lagi untuk tamat.

Benzema yang kini sudah meledak 39 gol daripada 39 perlawanan bersama Real musim ini, memastikan tiga mata menjadi milik mereka dengan gol kemenangan pada minit ke-92. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI