fbpx
GORDON dilapor sudah menjalani ujian perubatan bersama Barcelona dan pengumuman rasmi bakal dibuat. - AFP

Gordon menuju Camp Nou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Pasukan Barcelona hampir pasti melengkapkan perpindahan pemain sayap antarabangsa England, Anthony Gordon selepas bersetuju untuk mengeluarkan dana sebanyak £70 juta (RM373 juta) bersama Newcastle United.

Pemain berusia 25 tahun itu telah menjalani pemeriksaan kesihatan bersama skuad The Catalan semalam selepas rundingan kedua-dua kelab mencapai kata sepakat dengan pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.

Difahamkan, Barcelona berjaya memintas persaingan beberapa kelab besar termasuk Bayern Munich dan Liverpool selepas pengarah sukan, Deco mengadakan pertemuan dengan wakil Gordon pada awal minggu ini.

Pada awal tahun ini, agen peribadi Gordon turut mengadakan perbincangan dengan Bayern Munich dan sudah bersetuju secara lisan untuk berhijrah ke kelab juara Bundesliga itu musim depan.

Bagaimanapun, Bayern enggan memenuhi nilai perpindahan yang diminta Newcastle apabila mereka hanya bersedia menawarkan sekitar £60 juta (RM319 juta).

Dalam perkembangan sama, Barcelona juga masih berminat mendapatkan Marcus Rashford daripada Manchester United untuk musim depan.

Namun, kelab Catalan itu difahamkan lebih cenderung untuk mendapatkan pemain antarabangsa England tersebut secara pinjaman tetapi masih mempunyai tempoh sehingga 15 Jun jika mahu mengaktifkan klausa pembelian Rashford sekitar £26 juta (RM138.5 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN